:: KEMAHANGcare TV ::

Wednesday 27 July 2016

#25.. ::JKKR KEMAHANG 1 SEDIAKAN RUANG PEJABAT UNTUK KEMAHANGcare ::


#KEMAHANGcare

ALHAMDULILLAH, Mesyuarat JKKR FELDA Kemahang 1 Kali Ke-8 yang bersidang pada 27 Julai 2016 telah membuat keputusan untuk membenarkan 1 Unit premis kedai 1 Tingkat milik mereka di FELDA Kemahang 1 diberi hakguna secara PERCUMA kepada KEMAHANGcare sebagai tanda sokongan mereka terhadap NGO Kebajikan ini.

Pengurusan KEMAHANGcare amat berbesar hati dengan 'hadiah yang cukup bermakna ini' dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan FELDA Kemahang 1 dan JKKR FELDA Kemahang 1.

KEMAHANGcare akan menggunakan premis ini sebagai PEJABAT URUSAN / HQ manakala premis sediada di Bandar Tanah Merah yang sebelum ini digunakan sebagai Pejabat Urusan akan diubah kepada PUSAT OPERASI KEMAHANGcare.

Pejabat Presiden,
8.45 pagi, 28 Julai 2016.

Monday 25 July 2016

#24.. :: KATA-KATA MOTIVASI UNTUK HARI INI@KEMAHANGcare ::

Jom teman-teman pakat join PAGE KEMAHANGcare Official
pic: kredit to Koleksi Viral

#23.. ::KEMAHANGcare TV@FACEBOOK KINI BEROPERASI::

BERTUJUAN untuk memaparkan segala aktiviti berkaitan PERTUBUHAN KEBAJIKAN, SOSIAL & REKREASI KEMAHANG (KEMAHANGcare) dalam bentuk video, maka pihak Pengurusan telah bersetuju mewujudkan page khas melalui aplikasi facebook untuk tujuan tersebut yang dikenali sebagai KEMAHANGcare TV, dengan motto nya.. PENTAS MARHAEN..SELAMAT MENONTON. 



#22.. ::SMU (A) AL-ANSORIAH FELDA KEMAHANG 1 PERLUKAN SUMBANGAN DERMA PEMBINAAN ASRAMA::

Pembinaan Asrama SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua penduduk di rancangan Gugusan Kemahang. Kewujudan asrama ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.
Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian para penduduk. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan asrama ini dapat disegerakan dan disiapkan secepat mungkin.
Adalah menjadi harapan yang besar kepada para ibubapa dan masyarakat untuk melihat sekolah ini mengeluarkan para ilmuan dan generasi yang soleh serta dapat menyediakan peluang pengajian altenatif yang dapat mengimbangi antara bidang pengajian ilmu arab/ugama dan akademik seterusnya mencapai cita-cita murni sebagaimana yang dikehendaki oleh falsafah pendidikan YIK dan juga Falsafah pendidikan negara.
Justeru itu, besarlah harapan pihak JPKS SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 agar permohonan untuk membina asrama mendapat perhatian khusus dan tindakan sewajarnya disamping meneruskan kelangsungan pengajian pelajar disini sehingga menamatkan pengajian peringkat PT3, SMU dan SPM (selama lima tahun pengajian).
Pihak jawatankuasa pembinaan SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Semoga pembinaan asrama ini diharap akan membuahkan hasil dan keputusan yang baik ke arah melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu mencorakkan generasi yang bertamadun tinggi pada masa hadapan.
## TAHAP PENGENDALIAN DAN KOS PEMBINAAN
=> Kos sebenar pembinaan ini dapat ditentukan oleh pihak JPKS SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 setelah mendapat nasihat daripada perunding-perunding.
=> Anggaran Kos keseluruhan pembinaan Asrama SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 ialah: RM650,000.00
(Ringgit Malaysia: Enam Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )
=> Projek pembinaan bangunan ini dikendalikan oleh JPKS, sumbangan masyarakat dan peruntukan daripada FELDA.
=> Adalah wajar sumbangan dan derma diberi perhatian memandangkan keperluan pelajar dan kecemerlangan akademik.

====>>>> SUMBANGAN
Sebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama:
TETUAN SMU(A)AL-ANSORIAH FELDA KEMAHANG 1
ATAU TERUS SALUR KE BIMB: 03054010010481

#KEMAHANGcare





#21.. ::KEMAHANGcare BAKAL BERKOLABORASI BERSAMA NGO WARGAKILANG (KELANTAN CHAPTER)::

INSYA-ALLAH, KEMAHANGcare akan turut serta dalam program JALAN-JALAN MASUK KAMPUNG (JJMK) anjuran NGO WARGAKILANG (Kelantan Chapter) pada 30 Julai 2016 (Sabtu) ini dalam misi menyantuni 30 Keluarga di JERTIH, TERENGGANU. Kolaborasi sulung ini penting bagi kami untuk mempelajari modus operandi dan SOP kerja-kerja amal dan kebajikan memandangkan kami pendatang baru dalam bidang ini.

TERIMA KASIH kepada Pengurusan NGO WARGAKILANG (Kelantan Chapter) atas jemputan, kami amat berbesar hati menerimanya.

KEMAHANGcare - Cakna Ummah
‪#‎Wargakilang‬

#20.. :: AKAUN BERBEZA BAKAL DIWUJUDKAN ::

BAGI memastikan pengurusan sumbangan penderma digunakan secara betul dan tepat ke kumpulan sasar, Pihak Pengurusan KEMAHANGcare akan mewujudkan akaun-akaun bank yang berbeza mengikut keperluan.
Sebagai contoh, akaun untuk membantu ansaf yang 8 akan diasingkan dengan akaun untuk aktiviti2 lain yang menjadi teras atau core business KEMAHANGcare. Kami akan umumkan penubuhan akaun atau tabung2 ini dalam masa terdekat. terima kasih.

Sila LIKE >> KEMAHANGcare Official


#19.. :: WAKIL PEMUNGUT DERMA: PENAFIAN KEMAHANGcare ::

BUAT masa ini, KEMAHANGcare masih dalam proses untuk membuka akaun dengan bank-bank. Oleh yang demikian, KEMAHANGcare menafikan sekeras-kerasnya dan TIDAK PERNAH melantik mana-mana Pihak Ketiga (Individu/NGO/Dan Lain-Lain) sebagai WAKIL PEMUNGUT DERMA/SUMBANGAN bagi pihak KEMAHANGcare. Sekian, dimaklumkan.

Pegawai Komunikasi KEMAHANGcare
8:00 am,
11 Julai 2016
Pejabat Urusan KEMAHANGcare


#18.. :: SALAM IDULFITRI 1437 HIJRAH DARI KEMAHANGcare ::

Kami bercuti sempena Hari Raya Idulfitri 1437 Hijrah dari 5 - 10 Julai 2016. Harap maklum.
#KEMAHANGcare


#17.. :: KEMAHANGcare BAKAL JALIN KERJASAMA DENGAN PN ZARINA ::

INSYA-ALLAH, dalam usaha untuk menambahkan lagi jaringan kerja kesukarelawanan dan meningkatkan keberkesanan dalam menjejak asnaf, KEMAHANGcare bakal menjalinkan kerjasama dengan Aktivis Masyarakat terkenal, Pn Zarina Nawawi. Semoga jalinan kerjasama ini dapat direalisasikan secepat mungkin.
Terima kasih kepada Pn Zarina Nawawi kerana sudi membantu kami yang baru setahun jagung berkecimpung di dalam bidang ini, Mohon tunjuk ajar dari puan dan rakan2 aktivis yang lain.

#KEMAHANGcare

#16.. :: NATALIA PRISKINA TINGGALKAN RUSSIA DEMI KEBENARAN, TAPI... ::

KEMAHANGcare Official bawakan kepada anda semua kisah Natalia Priskina, warga Russia yang kini hidup terasing di bumi Gua Musang, Kelantan.

Kisahnya, 5 tahun lepas beliau yang ketika itu berumur 25 tahun, tekad untuk meninggalkan negara asalnya Russia untuk mencari sinar kebenaran. Beliau memilih Sulawesi, Indonesia sebagai destinasi pilihan. Di Sulawesi, beliau mula mendekati Islam dan masyarakat setempat.

Tahun berikutnya, Natalia telah bertekad untuk datang ke Malaysia Dan telah memeluk agama Islam dan menukar nama nya kepada NUR ISLAM BT ABDULLAH.

2013, Natalia atau Nur Islam telah mendirikan rumahtangga dengan seorang rakyat tempatan dari Kedah Dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Marwah (kini berusaha 1 tahun 8 bulan).
Malangnya, jodoh Nur Islam tidak panjang bila mana beliau telah bercerai dengan suaminya kira2 4 bulan yang lalu. Kini, beliau bersama Marwah menyewa bilik di Hotel Gua Musang dengan bayaran RM30 sehari. Duit belanja yang dikirim ibu bapanya dari Russia tidak dapat menampung kos hidup beliau dua beranak.

Mereka hanya mengharapkan belas ihsan masyarakat setempat untuk makan minum. Malah, Krew KEMAHANGcare dapat tahu kes beliau ni pun selepas beliau datang ke meja kami semasa berbuka puasa Jumaat semalam, mohon insan untuk sesuap nasi buat anaknya Marwah.

Nur Islam yang kini berusia 30 tahun Dan fasih berbahasa Arab, English Dan Melayu ini memohon jasa baik rakan2 semua untuk membantu beliau dari segi kewangan dan sokongan moral, terutama untuk Marwah, anaknya.

Dalam masa terdekat, beliau berhasrat untuk berpindah mengikut jejak langkah rakannya dari Kedah yang kini sedang menuntut di Pondok Tal Tujuh, Kelantan.

Kepada yang ingin membantu Nur Islam dan anaknya Marwah, boleh hubungi beliau di talian 0179826727 atau email noor124@roketmail.com. Beliau tidak mempunyai sebarang akaun bank. 
Terima kasih.

Note: pengkisahan Nur Islam hasil temuramah beliau di Restoran FZ Mee, Bandar Gua Musang.
 Berbuka puasa bersama
Krew KEMAHANGcare

 Nur Islam Abdullah, 30 Tahun

Marwah, 1 Tahun 8 Bulan

#15.. :: MUALLAF DARI RUSSIA PERLUKAN BANTUAN ::

UNIT ADUAN KEMAHANGcare telah menerima aduan mengenai seorang Muslimah dari Russia yg juga merupakan seorang Muallaf hidup terpinggir di Gua Musang bersama anaknya berumur 1 tahun. Kehidupan mereka serba kekurangan dan hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai.
KREW PENJEJAK ASNAF KEMAHANGcare akan cuba terjah kes ini besok, Sabtu 2 Julai. Tunggu laporan lanjut dari kami.

#14.. :: KEMAHANGcare RAIKAN ANAK MUDA KEMAHANG 1 ::

DALAM usaha untuk membina jaringan kerjasama yang lebih mantap dan efisyen, KEMAHANGcare akan turut sama sebagai penganjur dalam usaha meraikan ANAK-ANAK MUDA KEMAHANG 1, bersama beberapa pertubuhan yang lain. 

Moga majlis-majlis sebegini berjaya membina tautan ukhuwwah fillah yang ikhlas, sepakat dan dijauhkan daripada perpecahan.

#13.. :: KEMAHANGcare BAKAL BAWA SYAMSUL DEBAT KE KEMAHANG ::

INSYA-ALLAH, sebagai mengisi slot PEMBANGUNAN MODAL INSAN & SOSIAL, KEMAHANGcare akan berusaha untuk membawa PENCERAMAH / SELEBRITI TV AL HIJRAH yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini iaitu SDR SYAMSUL DEBAT berkuliah di MASJID KEMAHANG 1 selepas RAYA IDULFITRI 2016 ini. Dijangka akhir Julai 2016, bergantung kepada kekosongan jadual Sdr Syamsul Debat.

#KEMAHANGcare

#12.. :: JOM KENALI KEMAHANGcare & FUNGSINYA (SOAL JAWAB) ::

S: Apa itu KEMAHANGcare? Nama penuhnya apa?
J: KEMAHANGcare adalah SINGKATAN bagi Pertubuhan 
Kebajikan, Sosial & Rekreasi Kemahang.

S: Apa fungsinya..?
J: KEMAHANGcare berfungsi sebagai sebuah NGO KEBAJIKAN
yang menjadikan KEBAJIKAN, SOSIAL & REKREASI sebagai 3
teras tumpuan. Juga membantu membina masyarakat.

S: Ditubuhkan di mana? Siapa penggeraknya?
J: KEMAHANGcare telah ditubuhkan pada 20 Februari 2015, di
FELDA Kemahang 1, dan digerakkan oleh 15 orang anak
muda Kemahang, yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang.

S: Bersediakah KEMAHANGcare ini berkerjasama?
J: Ya.. KEMAHANGcare sedia berkerjasama dengan mana-mana
pihak bagi memastikan kerja-kerja kebajikan dan sebagainya
ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
S: Dengan PARTI POLITIK bagaimana pula?
J: Kami di KEMAHANGcare boleh bekerjasama dengan mana-
mana parti politik, bangsa dan agama sekalipun, tetapi kami
tidak akan memperjuangkan mana-mana parti politik.

S: Mampu kah hendak menggalas tugas berat dengan hanya 15
Orang?

J: Sebenarnya, 15 orang ini adalah AHLI JAWATANKUASA yang
akan mengurus dan mentadbir selia perjalanan
KEMAHANGcare, adapaun untuk kerja-kerja kemasyarakatan
dan khidmat sosial, kami akan menggunakan TENAGA
SUKARELAWAN untuk turut sama membantu. Sukarelawan ini
kami kenali sebagai SAHABAT KEMAHANGcare.

S: Golongan yang menjadi tumpuan utama?
J: Buat masa ini, KEMAHANGcare akan menjadikan 7 asnaf yang
layak sebagai fokus dan tumpuan utama.

Sekian, terima kasih.

#11.. :: GROUP WHATSAPP KEMAHANGcare Official ::

RAMAI yang bertanya, NGO Kebajikan KEMAHANGcare Official tidak ada group Whatsapp kah..?
Untuk makluman tuan/puan para penderma budiman, kami dalam usaha untuk mewujudkan beberapa mod perhubungan, termasuk melalui aplikasi Whatsapp bagi memudahkan kami berkongsi berita dan laporan semasa dengan anda semua. InsyaALLAH akan kami maklumkan dalam masa terdekat. 

Terima Kasih.

#KEMAHANGcare

#10.. :: 7 SEKELUARGA DIAMI RUMAH DAIF, SALAH SEORANG HIDAPI PENYAKIT JANTUNG KRONIK BERUSAHA 2 TAHUN ::

INI pula kes di Kampung Bendang, Selising, PASIR PUTEH. Pondok usang serba daif ini didiami oleh 7 orang kesemuanya di mana salah seorangnya hidapi penyakit JANTUNG YANG KRONIK.

Lebih malang lagi, mereka tidak mampu ke hospital ekoran kekangan kewangan, dan dalam masa yang sama masih ada tunggakan bil-bil hospital sebelum ini yang gagal dijelaskan oleh mereka.

Keadaan rumah yang amat uzur di mana lantainya banyak yang tidak boleh dipihak akibat sudah reput, dan setiap kali hujan penghuninya terpaksa berjaga memandangkan beberapa bahagian bumbung rumahnya telah mengalami kebocoran.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus transfer ke acc di bawah ya! Semoga Allah Swt melipatgandakan rezeki kalian semua😙

ROZITA BT AHMAD
03090020689409...BANK ISLAM..


Dipetik dari FB: Zack Aziry & Reena Zach

#9.. ::IBU TERLANTAR DI HOSPITAL, 5 BERADIK KONGSI MEE SEGERA UNTUK BERBUKA & SAHUR@BATU CAVES::

SI IBU sedang terlantar di Hospital lebih seminggu lalu ekoran menjalani pembedahan belakang (kali ke 3) bagi mengubati masalah saraf yang dihidapi. Sepanjang tempoh tersebut, Adik Nor Alya Dayana Muhammad Nadzri sebagai kakak yang sulunglah yang menguruskan keperluan 4 beradiknya yang lain termasuk memasak, membasuh dan menggosok baju dan lain-lain urusan yang berkaitan.

Lebih malang lagi, 5 beradik yang belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Samudera ini hanya mampu menjadikan mee segera (mee meggi) sebagai juadah untuk berbuka dan bersahur setiap hari. Mereka tidak langsung memikirkan kelengkapan dan persiapan Raya memandangkan tidak mampu, malah sehingga kini mereka berlima tidak dapat menjenguk ibu nya di hospital ekoran masalah kewangan yang dihadapi.

Kepada dermawan yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 019-3692097 (Azlina) dan 0192775694 (Farizah) untuk keterangan lanjut.

Kredit gambar & berita kepada HARIAN METRO
@KEMAHANGcare


#8.. :: LAPORAN KEBAKARAN@FELDA KEMAHANG ::

Bilik Gerakan KEMAHANGcare Official telah menerima satu laporan/aduan kes kebakaran yang berlaku di FELDA Kemahang pada jam 6.15 Petang semalam (26 Jun 2016, Ahad). InsyaALLAH krew KEMAHANGcare akan menyantuni mangsa pada 28 JUN 2016 ini. 

Kepada penderma budiman yang berhasrat untuk memberi sumbangan, tunggu laporan dari krew lapangan kami dalam masa terdekat.


Pic kredit: Group WhatApps 'Generasi Ke 2 Kemahang 1'
‪#‎supportKEMAHANGcare‬ http://www.facebook.com/kemahangcare

#7.. :: SANTUNI ASNAF@BENDANG NYIOR DITUNDA AKIBAT RIBUT ::

HUJAN lebat dan ribut skala kecil yang melanda Tanah Merah pada petang ini menyebabkan kami terpaksa mengambil keputusan untuk menunda program SANTUNI ASNAF@BENDANG NYIOR yg dijadual pada petang 26 JUN ke satu tarikh yg akan diberitahu kelak.

#6.. ::KEMAHANGcare SANTUNI ASNAF@BENDANG NYIOR - Kes 1::

SEMUA Krew KEMAHANGcare diminta berkumpul di Mee Special Batu 5, tepat jam 5.15 ptg kita gerak ke Rumah Pn Za, Bendang Nyior utk kenalpasti keperluan dan bentuk bantuan yang boleh KEMAHANGcare usahakan.
~ Poknik ~

#5.. ::JOM SUPPORT KEMAHANGcare::





#4.. ::LAPORKAN KEPADA KEMAHANGcare::

KEMAHANGcare Official amat BERBESAR HATI sekiranya anda sudi melaporkan kepada kami asnaf2 yang perlukan bantuan, yang mungkin kami terlepas pandang. InsyaALLAH, krew kami akan ke lapangan untuk kenal pasti sebarang keperluan dan tindakan lanjut. Anda boleh membuat laporan terus ke:-
a) Email KEMAHANGcare: kemahangcare@yahoo.com
b) Aduan@Tel: 0199642332
Terima kasih.

#3.. ::SENARAI RUMAH ANAK YATIM@KELANTAN::

http://www.facebook.com/kemahangcare | PERTUBUHAN KEBAJIKAN, SOSIAL & REKREASI KEMAHANG (KEMAHANGcare) mengalu2 kan sumbangan terus kalian yang budiman ke Rumah2 Kebajikan Anak2 Yatim Berikut:-
SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM@KELANTAN
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKA YATIM) 
Lot 523, Jln Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian
16150 Kota Bahru, Kelantan
Tel : 09 - 7654286
Fax: 09 - 7653543
Person in Charge: Tuan Haji Nik Abdul Rahman
****************************************************************
Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih
16150 Kota Bahru Kelantan
Tel : 09 - 7482124
Fax: 09 - 7482124
Person in Charge: Roshayati Bt. Omar
****************************************************************
Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan
(Rumah Putera Harapan Umi Halimah)
167C, Dalam Rhu, 16200 Tumpat, Kelantan
Tel : 09 - 7253298
****************************************************************
YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM (YAATIM) KELANTAN
(RUMAH PUTERi HARAPAN)
No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09 - 7735494
Fax: 09 - 7745498
Person in Charge: -
****************************************************************
Asrama Bakti Machang
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA PELAJAR YATIM
d/a Ketua Jajahan Machang, Pejabat Tanah dan Jajahan,
10500 Machang, Kelantan.
Tel : -
Fax: -
Person in Charge: -
****************************************************************
Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam
Jalan Yaacobiah Lundang, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09 - 7446505
****************************************************************
Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan
(Rumah Puteri Harapan)
No. 1, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09 - 7735494
Fax: 09 - 7745498

#2.. ::KONGSI REZEKI BERSAMA MEREKA YANG MEMERLUKAN::

Rezeki yang LEBIH, apa SALAHNYA jika DIKONGSI dgn mereka YANG MEMERLUKAN.
Kredit: TM Malaysia

#KEMAHANGcare

#1..::KES PERTAMA KEMAHANGcare::

INSYA-ALLAH, Ahad ini KEMAHANGcare akan cuba terjah KES PERTAMA.. Lokasi di Bendang Nyior, suami penoreh getah, isteri tukang sapu di salah sebuah sekolah sekitar. Tunggu laporan dari Crew kami.
#KEMAHANGcare
23 Jun 2016
1.00 AM
18 Ramadhan 1437 Hijrah