:: KEMAHANGcare TV ::

Monday 25 July 2016

#22.. ::SMU (A) AL-ANSORIAH FELDA KEMAHANG 1 PERLUKAN SUMBANGAN DERMA PEMBINAAN ASRAMA::

Pembinaan Asrama SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua penduduk di rancangan Gugusan Kemahang. Kewujudan asrama ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.
Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian para penduduk. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan asrama ini dapat disegerakan dan disiapkan secepat mungkin.
Adalah menjadi harapan yang besar kepada para ibubapa dan masyarakat untuk melihat sekolah ini mengeluarkan para ilmuan dan generasi yang soleh serta dapat menyediakan peluang pengajian altenatif yang dapat mengimbangi antara bidang pengajian ilmu arab/ugama dan akademik seterusnya mencapai cita-cita murni sebagaimana yang dikehendaki oleh falsafah pendidikan YIK dan juga Falsafah pendidikan negara.
Justeru itu, besarlah harapan pihak JPKS SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 agar permohonan untuk membina asrama mendapat perhatian khusus dan tindakan sewajarnya disamping meneruskan kelangsungan pengajian pelajar disini sehingga menamatkan pengajian peringkat PT3, SMU dan SPM (selama lima tahun pengajian).
Pihak jawatankuasa pembinaan SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Semoga pembinaan asrama ini diharap akan membuahkan hasil dan keputusan yang baik ke arah melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu mencorakkan generasi yang bertamadun tinggi pada masa hadapan.
## TAHAP PENGENDALIAN DAN KOS PEMBINAAN
=> Kos sebenar pembinaan ini dapat ditentukan oleh pihak JPKS SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 setelah mendapat nasihat daripada perunding-perunding.
=> Anggaran Kos keseluruhan pembinaan Asrama SMU(A)AL-Ansoriah Felda Kemahang 1 ialah: RM650,000.00
(Ringgit Malaysia: Enam Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )
=> Projek pembinaan bangunan ini dikendalikan oleh JPKS, sumbangan masyarakat dan peruntukan daripada FELDA.
=> Adalah wajar sumbangan dan derma diberi perhatian memandangkan keperluan pelajar dan kecemerlangan akademik.

====>>>> SUMBANGAN
Sebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama:
TETUAN SMU(A)AL-ANSORIAH FELDA KEMAHANG 1
ATAU TERUS SALUR KE BIMB: 03054010010481

#KEMAHANGcare





No comments:

Post a Comment