:: KEMAHANGcare TV ::

Monday 25 July 2016

#16.. :: NATALIA PRISKINA TINGGALKAN RUSSIA DEMI KEBENARAN, TAPI... ::

KEMAHANGcare Official bawakan kepada anda semua kisah Natalia Priskina, warga Russia yang kini hidup terasing di bumi Gua Musang, Kelantan.

Kisahnya, 5 tahun lepas beliau yang ketika itu berumur 25 tahun, tekad untuk meninggalkan negara asalnya Russia untuk mencari sinar kebenaran. Beliau memilih Sulawesi, Indonesia sebagai destinasi pilihan. Di Sulawesi, beliau mula mendekati Islam dan masyarakat setempat.

Tahun berikutnya, Natalia telah bertekad untuk datang ke Malaysia Dan telah memeluk agama Islam dan menukar nama nya kepada NUR ISLAM BT ABDULLAH.

2013, Natalia atau Nur Islam telah mendirikan rumahtangga dengan seorang rakyat tempatan dari Kedah Dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Marwah (kini berusaha 1 tahun 8 bulan).
Malangnya, jodoh Nur Islam tidak panjang bila mana beliau telah bercerai dengan suaminya kira2 4 bulan yang lalu. Kini, beliau bersama Marwah menyewa bilik di Hotel Gua Musang dengan bayaran RM30 sehari. Duit belanja yang dikirim ibu bapanya dari Russia tidak dapat menampung kos hidup beliau dua beranak.

Mereka hanya mengharapkan belas ihsan masyarakat setempat untuk makan minum. Malah, Krew KEMAHANGcare dapat tahu kes beliau ni pun selepas beliau datang ke meja kami semasa berbuka puasa Jumaat semalam, mohon insan untuk sesuap nasi buat anaknya Marwah.

Nur Islam yang kini berusia 30 tahun Dan fasih berbahasa Arab, English Dan Melayu ini memohon jasa baik rakan2 semua untuk membantu beliau dari segi kewangan dan sokongan moral, terutama untuk Marwah, anaknya.

Dalam masa terdekat, beliau berhasrat untuk berpindah mengikut jejak langkah rakannya dari Kedah yang kini sedang menuntut di Pondok Tal Tujuh, Kelantan.

Kepada yang ingin membantu Nur Islam dan anaknya Marwah, boleh hubungi beliau di talian 0179826727 atau email noor124@roketmail.com. Beliau tidak mempunyai sebarang akaun bank. 
Terima kasih.

Note: pengkisahan Nur Islam hasil temuramah beliau di Restoran FZ Mee, Bandar Gua Musang.
 Berbuka puasa bersama
Krew KEMAHANGcare

 Nur Islam Abdullah, 30 Tahun

Marwah, 1 Tahun 8 Bulan

No comments:

Post a Comment