:: KEMAHANGcare TV ::

Friday 12 August 2016

#29.. :: PN WAN NAEMAH HIDAPI KANSER TIROID TAHAP 2, TIDAK MAMPU TANGGUNG KOS RAWATAN ::

KES 2: LAPORAN ZIARAH MARHAEN 12 OGOS -  KEMAHANGcare Official


ALHAMDULILLAH, sekitar jam 5.00 petang tadi (12 Ogos 2016), Aktivis KEMAHANGcare telah berpeluang melawat PN WAN NAEMAH WAN DERASOL, 61 tahun di RPK Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, setelah mendapat laporan/aduan daripada En. Nik Zulkifli dan En. Muhasly Muhamad (kedua-duanya adalah Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanah Merah).


Lawatan team KEMAHANGcare & SAHABAT KEMAHANGcare kali ini turut disertai oleh adik-adik pelajar daripada SMU (A) Maahad Ahmadi Padang Siam, Tanah Merah dan orang perseorangan.

Untuk makluman semua, Pn Naemah yang telah kematian suami tahun lepas merupakan penghidap KANSER TIROID TAHAP 2 dan sedang menerima rawatan susulan daripada HUSM Kubang Kerian dan Hospital Tanah Merah.
Ibu kepada 6 anak ini diarahkan menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan lengkap di HUSM Kubang Kerian pada 10 Januari 2017, tetapi beliau tekad untuk 'menolak' pemeriksaan kesihatan tersebut ekoran tidak mampu menampung kos rawatan yang semuanya berjumlah hampir RM1,850 (tidak termasuk kos wad). Kini beliau tinggal dua beranak (anak bongsu, perempuan) di rumah peninggalan arwah suaminya.

Pn. Wan Naemah ada menerima bantuan daripada JKM RM300 sebulan, tetapi mulai Ogos 2016 bantuan tersebut telah dikurangkan kepada RM200 sebulan.

Anak bongsu beliau, Nurhikmah Bt Osman, 19 tahun pula telah bertindak menolak tawaran ke IPTA pada 2015 memandangkan pada waktu itu ayahnya sedang tenat. Kini Nurhikmah sedang menuntut di Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2.

Pn. Wan Naemah juga ada menerima bantuan MAIK (one off) sebanyak RM300 pada bulan Jun yang lalu. Duit belanja yang dikirimkan anak-anaknya tidak mencukupi untuk beliau mengumpul wang bagi membiayai kos rawatan pada bulan Januari 2017 nanti memandangkan anak-anaknya juga sudah bekeluarga dan mempunyai tanggungan masing-masing.

Kepada tuan/puan para dermawan budiman yang ingin turut sama membantu Pn Wan Naemah mengumpul wang bagi pembiayaan kos rawatan (RM 1,850) pada Januari 2017 nanti atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai beliau, boleh hubungi:-

Pn. Wan Naemah Binti Wan Derasol,
Kg. RPK Gual Ipoh,
17500 Tanah Merah, Kelantan.
(011 1634 8425 - Nurhikmah (anak bongsu Pn Wan Naemah)

No. Akaun Bank Islam: 03 - 054 - 02 - 050294 - 2

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan anda semua.
KEMAHANGcare - Cakna Ummah





No comments:

Post a Comment