:: KEMAHANGcare TV ::

Friday 12 August 2016

#30..:: MOHD AMIR FIRDAUS, REMAJA CERIA YANG KINI TERLANTAR (KOMA) DI PEMBARINGAN ::

KES 1: LAPORAN ZIARAH MARHAEN 12 OGOS KEMAHANGcare Official
Kira-kira 10bulan yang lalu, Mohd Amir Firdaus Bin Mohd Hijazi merupakan remaja ceria dan sihat seperti mana rakan-rakan seperingkat usia dengannya. Namun segalanya berubah dalam sekelip mata pada tanggal 16 November 2015 setelah beliau terlibat dalam kecelakaan jalanraya (terbabas motosikal) yang ditunggang bersma rakannya semasa pulang dari mandi manda di Air Terjun Lata Bijih, kira-kira 15 kilometer dari rumahnya ketika itu di Batu 7, Tanah Merah, Kelantan.

Dalam kecelakaan jalanraya itu, Mohd Amir Firdaus telah jatuh ke dalam cerun/gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kg Lawang, dan hanya dijumpai orang ramai setelah kira-kira 2 jam selepas beliau kemalangan. Dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah, beliau mula tidak sedarkan diri (koma).

Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati beliau patah kaki, mengalami gegaran otak, hatinya terkoyak dan beberapa kecederaan lain. 16 Ogos ini akan genaplah 9 bulan beliau berada dalam keadaan koma di pembaringan.

Menurut ibunya, YM Raja Rasiah Binti Raja Ibrahim, 45 tahun, kos untuk membeli barangan keperluan Mohd Amir Firdaus setiap bulan mencecah hampir RM950, belum lagi termasuk belanja barang dapur dan bil utiliti terutama elektrik yang agak tinggi memandangkan bilik Mohd Amir Firdaus terpaksa dipasang alat penghawa dingin ekoran beliau akan mengalami sawan jika kepanasan. Bil elektrik melambung sehingga RM300 lebih setiap bulan. Namun, demi keselesaan dan memenuhi keperluan Mohd Amir Firdaus, mereka terpaksa berkorban.

Lebih malang lagi, YM Raja Rasiah, ibu kepada 4 orang anak ini disahkan menghidap penyakit jantung dan perlu berjumpa pakar di Hospital Tanah Merah setiap bulan. En. Hijazi, 55 tahun (suami kepada YM Raja Rasiah) pula mengalami masalah semput dan tidak boleh melakukan kerja berat. Untuk menampung perbelanjaan keluarga, Raja Rasiah melakukan kerja mengambil upah menghantar dan mengambil anak jirannya dari tempat kerja dengan bayaran sebanyak RM120 sebulan. Selain itu, mereka juga ada menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak bulan JUN 2016 yang lalu, selain bantuan dan sumbangan keluarga terdekat, jiran-jiran dan orang perseorangan. Rumah yang dijadikan tempat berteduh mereka sekeluarga juga tidak lagi perlu disewa memandangkan kini menumpang tinggal di rumah PPRT salah seorang anak tirinya. (Untuk pengetahuan, YM Raja Rasiah sekeluarga sebelum ini menyewa di sebelah Sawmill Batu 7, tetapi kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah, mereka terpaksa berpindah ke rumah PPRT milik anaknya tirinya ini.

Semasa team KEMAHANGcare menemuramah En Hijazi dan YM Raja Rasiah, mereka memaklumkan tentang hasrat mereka untuk menjalankan perniagaan makanan ringan dan masakan panas secara kecil-kecilan di hadapan rumah yang didiami sekarang. Namun, mereka memerlukan modal permulaan sekitar RM3,000 untuk membeli peralatan memasak dan bahan-bahan keperluan yang lain. Mereka juga mengharapkan sumbangan katil boleh laras untuk Mohd Amir Firdaus bagi memberi keselesaan kepadanya.

Kepada para dermawan yang berhasrat untuk membantu keluarga ini, boleh hubungi alamat dibawah :-

YM Raja Rasiah Binti YM Raja Ibrahim,
D/A Mohd Hijazi,
Lot 84, Kg Batang Merbau,
17500 Tanah Merah, Kelantan 
( Belakang Sek Keb Batang Merbau, TANAH MERAH)
No. Telefon: 0111 792 4802

No. Akaun Bank Islam: 03- 054 - 02 - 065597- 6

Terima kasih atas kerjasama diberikan.








 

No comments:

Post a Comment